Pages

Friday, December 10, 2010

Free domain dari broframestone.com

Sekarang ni dah pukul 10:11 pm
masih ada masa lagi nak masuk contest broframestone
nak try 
mane la tahu mengena pulak
dapat la jugak merasa domain sendiri
haha


andai kata kalau korang teringin nak try nasib korang
boleh la klik sini

Contest dari bro framestone
Tekaan Nuffnang yang dia cashout RM508.25
Dan korang pun boleh join sama


Klik pautan ni sebelum 12th December 2010 pukul 11.59 malam

||| blog oh blog |||

Hidup blogger ni bukannya selalu dicucuri dengan idea.Kekadang kalau dah tak ade idea tu,kena lah memerah otak.Nak cari tajuk bukannya benda senang.Nak kena usha dekat web ni la,dekat berita harian la."Abes tu kalau dah takde idea macam mana?"kata suara hatiku.
Bagi Mr.Vort,walaupun baru bertapak di dunia blogger ni,Mr.Vort akan sedaya upaya untuk menghidangkan blog visitor dengan benda yang terbaik.So sekarang ni,Mr.Vort memang dah kekeringan idea.Maybe pagi karang dapat la tu.Sementara kita menunggu pagi,marilah kita layan sikit video ni.Video ni,Mr.Vort rasa agak tertarik sebab ni 1st time Mr.Vort tengok orang buat benda camni.Anyway sumpah lawak.Haha.Layan!!!

Wednesday, December 8, 2010

||| sepetang bersama daus af8 |||


Sekarang,majoriti orang mengenali Daus daripada penglibatannya dalam AF8.

Tuesday, December 7, 2010

||| facebook nak di banned di Malaysia? |||

Makin hari,Facebook semakin hangat diperdebatkan.Ada desas-desus oleh Datok Seri Shahidan Kassim,mantan Menteri Besar Perlis ada mencadangkan yang laman sosial ni disekat oleh Malaysia.


Monday, December 6, 2010

||| interface baru facebook |||


Facebook.Benda common yang perlu ada bagi setiap orang.Sekarang ni,sebut je pasal facebook,semua orang tahu.

||| Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H |||


Seperti yang kita semua tahu,hari ni,6 Disember 2010 yang bersamaan dengan 1 Muharram 1432H,semua orang beragama Islam menyambut tahun baru.Sebenarnya,tahun baru hijrah ni mengingatkan kembali kepada zaman Rasulullah s.a.w berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.Semangat yang ditunjukkan Nabi Muhammad dalam mengembangkan agama Islam ke serata tempat amatlah kuat.So semangat itu perlu ada dalam diri kita.Apabila kita sebut tahun baru,haruslah wajiblah kita memperbaharui azam kita supaya apa yang kita buat lebih baik dari tahun lepas.Open a new book of your life!!!>,<



Sunday, December 5, 2010

||| jauh panggang dari api |||


Family Mr.Vort jarang pergi keluar untuk makan sama-sama dekat kedai makan semenjak ayahanda Mr.Vort jatuh sakit.Tadi,ayahanda teringin nak makan tomyam dekat luar.Yelakan asyik terperap dalam bilik je.Nak keluar kena orang lain yang angkat.
So Mr.Vort dengan abang Mr.Vort pergi la kedai makan berdekatan area tempat tinggal Mr.Vort.Nak tengok pekena tomyam dia macam mana.

Kalau la dapat tomyam macam ni,tak tidur aku semalaman.Hak3.

Saturday, December 4, 2010

||| tersilap fenomena |||

Hening di malam hari ni membuatkan aku rasa bertenaga untuk terus kembali aktif di layar internet.So malam ni,seperti yang aku plan,untuk memperbesarkan lagi rangkaian blog ku ke serata dunia,aku ingin membuat sebuah fan pages dekat facebook.
Saya rasa semua orang sekarang ini sudah tidak asing lagi mendengar "Facebook" yang dicipta oleh Mark Zuckhenberg(betul ke tak ejaan tu).Ni logo dia.

||| aktiviti weekend yang paling annoying |||

Hari sabtu n ahad boleh dikategorikan sebagai hari weekend.Memang pun weekend.It supposed to be hari dimana kita semua bersantai dengan family,rehat-rehat dekat rumah,n banyak lagi benda yang kita boleh buat.

Friday, December 3, 2010

||| pizza menggila |||

 Mmm.Memang sedap la.Tadi kitaorang 1 family bekerjasama(family wonderpet) buat pizza.Hak3.Yelakan,untuk dibuat sarapan esok.Bila tengok sekali pandang,memang sejibik macam pizza hut.Tapi bezanya,tepung pizza ini memang lembut.Takde la macam Pizza Hut,kalau orang takde gigi,tak boleh makan la jawabnya.lolx.
Buat pizza ini senang je.Ingatkan buat pizza ni macam complex je.Ramuannya pun senang je.Tepung,air,nenas,pasta sauce(additional-anyway boleh pakai tomato sos),cheese mozarella(additional juga-guna kalau nak lagi feel),daging cincang.....Mr.Vort rasa tu je kot yang diperlukan.Kan senang tu?Haa,so siapa yang ada masa terluang dekat rumah tu,cuba la korang try buat pizza ni,daripada asyik terperap depan pc je.Dapat juga release tension.Hak3.Ni ada sedikit real footage dari tempat kejadian.

 Penulis bersama hasil akhir projek.Macam pewaris Datuk Dr Rozmey pula bila Mr.Vort tunjuk 'thumb-up'.Hak3.lolx

||| weekend bulan 12 |||

Meh berpantun dari saya:

Pejam celik tali bubu,
Sudah gaharu cendana pula,
Kalau korang semua nak tahu,
 Dah nak ujung tahun rupanya.
(p/s:pantun ni aku main tibai je.layan.)

Haiiyark,tak disangka-sangka,tahun 2010,tahun dimana Melaka Maju(ceh,promote negeri pulak) dah nak berakhir.
Dah nak dekat setahun Mr.Vor+ jadik pelajar Form 4.Tahun depan terpaksa lah menghadap buku jer,jadilah ulat buku.Entah-entah,muka pun macam buku.SPM la katakan.lolx.
 

Thursday, December 2, 2010

||| my first post |||

Hye semua.so sekarang ini dah pukul 5.15 am,3 Disember 2010.Blog baru saya a.k.a my new gf (Mrs.Vor+) akhirnya tercipta.Syukur alhamdulillah disulami dengan ketenangan dan kedinginan malam.hak3.Tak sangka pula sebab saya (Mr.Vor+) memang dah lame nak buat blog.
By the time,abang saya pon ada blog juga(mrnamie.com).Bila bukak fan pages dia je,mak uih bukan main banyak lagi yang like.haha.rasa macam diri tu dihargai.selalunyer,bila abang kita ambil Mr.Vor+ kat KL, mesti pergi hangout dengan member dia,kaki blogger gak.memang best ar.Dia bawa pergi Bukit Ampang la.Kat sini memang masyuk.Boleh tengok pemandangan seluruh area KL.Ni kalau bawa awek ke,memang dia sayang korang lebih-lebih la lepas ni.Takde la.Gurau je.
Ni la pemandangan kat Bukit Ampang.Time malam.
 
naik atas...