Pages

Thursday, December 30, 2010

||| MrVort berwajah baru ||

Lagi beberapa hari,sekolah akan bermula.Dan masa ni la paling dibenci oleh pelajar sekolah.Yelakan,time ni la juga baru terasa yang cuti juz sekejap je.Cis.Dan time ni la juga semua benda kene diuruskan especially potong rambut!!!


Dah lama da simpan rambut.Start dari awal cuti lagi sampai sekarang.Apa yang selalu dibanggakan pelajar sekolah ialah rambut yang panjang.Waaa.....Mesti smart kalau rambut panjang.Hehe.Nak tengok perubahan MrVort?Hehe.

:::Sebelum gunting rambut:::




:::Selepas Gunting Rambut:::




Cis...macam mana nak menghadap member nanti ni???
sumpah kene ejek
tapi
CHILL je bro...^,^

P/S:Maybe ni last post untuk tahun ni + last post sebelum naik sekolah.Malangnya,MrVort duduk hostel.Bersawang la blog ni.Ish.Sedihnya.Takpe,nanti balik kampung,MrVort update.Hehe.Chao.

||| barcode yang memang smart |||

Kebiasaannya dalam handset moden ni,ada dilengkapi software 'barcode reader'.Mula-mula tengok software ni,hairan juga.Macam mana la nak guna ni.Ape kata kalau try dekat barcode.Apa lagi,MrVort lari pergi dapur carik benda yang boleh untuk dicuba.Jumpalah tin Planta Margerine tu.Ada gak barcode.Hehe



So MrVort pun try la guna software tu.Scan punya scan,macam takde efek je.Adeh.Tangan dah lenguh pegang handset lelame ni.Ok.Abort mission.Tapi MrVort tak berputus asa.


Then bukak internet tanya pakcik google,dapatlah resultnye.Rupa-rupanya software ni just read barcode jenis 'QR code'.Ooooo.Baru tahu.Patutla try dekat tin planta tadi tak menjadi.Coz tu barcode yang panjang.Ades.

ni la contoh QR code
yang ni pulak barcode(untuk sesape yang tak tahu)
Tapi bersyukur gak la dapat tahu macam mana nak guna barcode reader ni.By the way,MrVort juga dapat satu info.Kita boleh jadikan URL ke,TEXT ke,PHONE NO ke n SMS tukar jadi QR code.Kalau korang nak try,bukak link ni.So,to sesape yang ada barcode reader ni,boleh la try.Bez.Haha.Yang ni MrVort buat sendiri.

qrcode
link 
text 

phone no

sms

Selamat mencuba!!!


Monday, December 27, 2010

||| perang siber sudah bermula |||

Semalam baru je balik dari KL lepas lawat anak buah.Rindu rasanya.So kitorang 1 family pergilah turun KL.Nasib baik sampai awal,kalau tak mesti stuck dalam jam highway.

tapi takdela sampai jammed camni

Saturday, December 25, 2010

||| bila hantu menunjukkan belang |||

Tadi,tengah Mr.Vort jenjalan dekat blog orang lain,terjumpalah satu entri dekat blog umar bertajuk "macam ni ke cara anti plagiat dan copy paste?".Rasenyer tajuk ni memang tengah hangat 2 hari lepas time pemilik blog umar ni bertikam lidah dengan ju-on.Memang sesuatu yang agak pelik diterima akal.

Thursday, December 23, 2010

||| mencipta personaliti diri tersendiri |||

Hmm.Ni first tutorial dari Mr.Vort.Lately,ramai yang before ada tanya dekat Mr.Vort macam mana nak buat watermark ni.Sebenarnya watermark ni nak tunjukkan to all yang gambar yang ada dalam blog korang adalah hak cipta terpelihara.Hehe.Ok,straight to the point.

1stly,korang mesti ada Photoshop CS5(additional).CS4 pun boleh kot.So kalau bagi yang takde lagi CS5,boleh la tengok dekat sini macam mana nak dapatkan CS5 dengan percuma.Hehe.

2nd,bukak korang punya CS5.Create new(CTRL+N).Setting buat as shown below.

- width 300
-height 100
-background content transparent

||| especially for PMR candidate |||

Ni 1st entri Mr.Vort lepas hampir-hampir 3 hari tak update.Visitor pun dah sikit.Semua dah lari.Mana tak nya,malam isnin tu,macam mana tah tetibe je modem hangus.Kena apa lagi,kena sambar petir la.Hish.Bengang gila.Cis.Tapi takpe,nasib baik dia sambar modem,kalau dia sambar Mr.Vort,entah-entah sampai bila-bila tak update.Huh.Ok.Balik masuk topic.

Sunday, December 19, 2010

||| tips tingkatkan traffic |||

Makin lama kita dalam blogger community makin ramai orang yang kita boleh kenal n makin lama kita menjadi blogger makin banyak traffic/visitor yang akan datang berkunjung ke teratak kita.Falsafah Mr.Vort ketika ber-blogging.Hehe.Biasa la apabila kita boleh dikategorikan sebagai senior(professional) macam  dalam blogger ni,mesti orang dah memahami cara penulisan kita.Lagi best kalau dorang minat dengan gaya penulisan kita.Sure la makin ramai traffic yang akan datang ke blog kita.So malam ni Mr.Vort nak share sikit info pasal nak tingkatkan traffic dalam blog.

Ni statistic Mr.Vor+..^^

Friday, December 17, 2010

||| facebook yang mengancam(18SX) |||

Sejak dah ada blog ni,benda lain tak terhirau.Kekadang lepas update blog je,pergi ushar forum kalau-kalau ada bende baru yang best.Tengok game ke,software ke.Hehe.Jadi,facebook bagi Mr.Vort agak terbiar sikit.Macam anak tiri la.Hehe.


Hierarki Laman Web
1:Blogspot..hehe
2:Gempak Forum (pilihan kedua)
3:Facebook (Anak tiri)

Kontest Blog Terkemas

haha
dah join
3 orang blogger
2:fiq
hope de luck
^^

||| follower #100 |||

Wow.Tadi bila Mr.Vort bukak dashboard blogspot,bila tengok follower dah sampai #100.Hehe.Tak sangke pula sebab Mr.Vort baru je 15 hari bertapak di dunia blog ni.Mula karrier blogger start 2nd December 2010 until now.
Alhamdulillah juga Mr.Vort dapat menyediakan pembaca semua dengan artikel walaupun di masa ketiadaan idea,saya sajikan dengan video yang menarik perhatian Mr.Vort.Hehe.

Thursday, December 16, 2010

||| R.I.P jojo and john |||

Tadi petang Mr.Vor+ pergi shopping dekat internet.Shopping untuk sape?Bukan untuk awek ye.Tapi sebenarnye untuk blog ni.Hehe.Usha widget-widget yang bez.Mana la tahu boleh pasang naikkan trafik ke.Hehe.
Last-last aku tertarik dengan dengan 1 widget ni,"Hamster" dari aBowman.Teringat kisah lame dulu kala.Kalau korang nak tahu,dulu Mr.Vort ada beli 3 ekor "tikus makmal".Dalam maksud lain,beli pet la.

3 pet Mr.Vort di A&W..hehe

||| domain free yang baru |||

Dah dekat setengah bulan Mr.Vort pakai blogspot ni.Hehe.Ada la jugak chance nak kongsi idea,cerita best(takde la bez sangat),pendapat n so on.Abang aku pulak lagi advance,dia pakai wordpress.Dah agak lame la dia pakai WP tu.Bayar RM90 setahun kalau tak silap.

Wednesday, December 15, 2010

||| profession seorang miming-er |||

Ni la tuan punya badan-Cik Shida
Tadi Mr.Vort pergi jenjalan dekat forum jap.Usha-usha sikit benda baru dekat forum tu.Mana lah tau boleh jadi bahan untuk entri lepas ni.Hehe.Tengah lelepak dekan section lawak,terjumpa lah ada video lawak ni.

Tuesday, December 14, 2010

||| cinta itu membunuh |||

Benda yang paling x20 common dalam bercinta ialah mesti ada lelaki dan perempuan.Memang pun.Hehe.Kalau lelaki dengan lelaki,agak memang pelik.Begitu juga kalau perempuan dengan perempuan.Couple (dalam kata lain selain cinta) memang sudah tidak asing lagi dalam setiap insan.
Tapi percayakah korang cinta boleh membunuh?Kita saksikan video ini.

contest : myfreakydolls 1st giveaway

contest
contest
daripada buang mase layan internet
baik ikut contest
mana lah tau nasib mengena
hehe
kali ni contest dianjurkan oleh myfreakydolls
nak tau pasal contest tu
tekan banner di atas ye
hehe

tagged!!!:

so reramai join lagi bagus
hehe

Monday, December 13, 2010

GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh

salam semua
ni contest ke-2 yang Mr.Vort ikut
yang contest first 2 dari bro framestone
nasib tak menyebelahi Mr.Vort
hehe(sob...sob...)
so contest hari ni dari bro daniel zaidi
kalau teringin nak join tu
boleh klik dekat banner yang dekat bawah ni


contest ni memang banyak hadiah
ada 30 kesemuanya
1st time jumpa contest macam ni
hehe
nak tengok hadiahnya?
kalau la ditakdirkan menang
Mr.Vort teringin sangat tengah mengidam fridge magnet dari singapore tu
nampak smart je
hehe

tagged(friend yang bertuah) :

so kepada y'all yang berminat nak join bende ni,jgn lupe klik banner dekat atas
^^

||| my feveret blog #1-Horror(18SG) |||


"Kandungan artikel ini tidak sesuai untuk yang lemah semangat dan perempuan mengandung!"

Sunday, December 12, 2010

||| hdr experiment |||

High Dynamic Range(HDR).Benda ni common la bagi photographer pro.Tapi bagi Mr.Vort ia adalah satu seni gambar yang agak unik tapi dapat dibuat menggunakan Adobe LightRoom 3.Kalau ada software ni memang senang nak buat.Huhu.
Mr.Vort baru je belajar macam mana nak buat photo biase jadi hdr.Mule-mule tengok agak terpegun la.Sumpah smart.Main point die,tone colour dia memang jelas.Ni antara photo hdr bagi photographer professional.

||| man-made-mcflurry oreo |||

Kalau Mr.Vort pergi McD je,mesti teringin nak makan McFlurry Oreo.Peh."Keenakan biskut-biskut yang rangup dikacau bersama aiskrim vanilla yang separa cair memang mengasyikkan"(baca dalam ton yang menggiurkan air liur)haha.
Tapi yang slack nyer,mahal pula.RM4++ dekat RM5 la.Hmm.Kalau dah setiap kali pergi McD,beli McFlurry Oreo,tak ke pokai pulak Mr.Vort.So Mr.Vort pergi kedai runcit,beli sendiri ramuan dia.Biskut oreo dengan aiskrim vanilla.

Friday, December 10, 2010

||| disneyland di malaysia |||

Semenjak teringin juga nak pergi disneyland.Hmm.Kalau dekat memang setiap hari Mr.Vort pergi.Tak ada la.Just joking.So bagi yang yang sangap gila-gila nak pergi disneyland dekat hong kong tu,baik bawak bersabar.
Sebab sekarang ni,Fine Leisure Development dah plan untuk spend 300 juta sen ringgit nak buat taman tema ala disneyland dan universal studio macam dekat singapore.

Free domain dari broframestone.com

Sekarang ni dah pukul 10:11 pm
masih ada masa lagi nak masuk contest broframestone
nak try 
mane la tahu mengena pulak
dapat la jugak merasa domain sendiri
haha


andai kata kalau korang teringin nak try nasib korang
boleh la klik sini

Contest dari bro framestone
Tekaan Nuffnang yang dia cashout RM508.25
Dan korang pun boleh join sama


Klik pautan ni sebelum 12th December 2010 pukul 11.59 malam

||| blog oh blog |||

Hidup blogger ni bukannya selalu dicucuri dengan idea.Kekadang kalau dah tak ade idea tu,kena lah memerah otak.Nak cari tajuk bukannya benda senang.Nak kena usha dekat web ni la,dekat berita harian la."Abes tu kalau dah takde idea macam mana?"kata suara hatiku.
Bagi Mr.Vort,walaupun baru bertapak di dunia blogger ni,Mr.Vort akan sedaya upaya untuk menghidangkan blog visitor dengan benda yang terbaik.So sekarang ni,Mr.Vort memang dah kekeringan idea.Maybe pagi karang dapat la tu.Sementara kita menunggu pagi,marilah kita layan sikit video ni.Video ni,Mr.Vort rasa agak tertarik sebab ni 1st time Mr.Vort tengok orang buat benda camni.Anyway sumpah lawak.Haha.Layan!!!

video

Wednesday, December 8, 2010

||| sepetang bersama daus af8 |||


Sekarang,majoriti orang mengenali Daus daripada penglibatannya dalam AF8.

Tuesday, December 7, 2010

||| facebook nak di banned di Malaysia? |||

Makin hari,Facebook semakin hangat diperdebatkan.Ada desas-desus oleh Datok Seri Shahidan Kassim,mantan Menteri Besar Perlis ada mencadangkan yang laman sosial ni disekat oleh Malaysia.


Monday, December 6, 2010

||| interface baru facebook |||


Facebook.Benda common yang perlu ada bagi setiap orang.Sekarang ni,sebut je pasal facebook,semua orang tahu.

||| Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H |||


Seperti yang kita semua tahu,hari ni,6 Disember 2010 yang bersamaan dengan 1 Muharram 1432H,semua orang beragama Islam menyambut tahun baru.Sebenarnya,tahun baru hijrah ni mengingatkan kembali kepada zaman Rasulullah s.a.w berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.Semangat yang ditunjukkan Nabi Muhammad dalam mengembangkan agama Islam ke serata tempat amatlah kuat.So semangat itu perlu ada dalam diri kita.Apabila kita sebut tahun baru,haruslah wajiblah kita memperbaharui azam kita supaya apa yang kita buat lebih baik dari tahun lepas.Open a new book of your life!!!>,<



Sunday, December 5, 2010

||| jauh panggang dari api |||


Family Mr.Vort jarang pergi keluar untuk makan sama-sama dekat kedai makan semenjak ayahanda Mr.Vort jatuh sakit.Tadi,ayahanda teringin nak makan tomyam dekat luar.Yelakan asyik terperap dalam bilik je.Nak keluar kena orang lain yang angkat.
So Mr.Vort dengan abang Mr.Vort pergi la kedai makan berdekatan area tempat tinggal Mr.Vort.Nak tengok pekena tomyam dia macam mana.

Kalau la dapat tomyam macam ni,tak tidur aku semalaman.Hak3.

Saturday, December 4, 2010

||| tersilap fenomena |||

Hening di malam hari ni membuatkan aku rasa bertenaga untuk terus kembali aktif di layar internet.So malam ni,seperti yang aku plan,untuk memperbesarkan lagi rangkaian blog ku ke serata dunia,aku ingin membuat sebuah fan pages dekat facebook.
Saya rasa semua orang sekarang ini sudah tidak asing lagi mendengar "Facebook" yang dicipta oleh Mark Zuckhenberg(betul ke tak ejaan tu).Ni logo dia.

||| aktiviti weekend yang paling annoying |||

Hari sabtu n ahad boleh dikategorikan sebagai hari weekend.Memang pun weekend.It supposed to be hari dimana kita semua bersantai dengan family,rehat-rehat dekat rumah,n banyak lagi benda yang kita boleh buat.

Friday, December 3, 2010

||| pizza menggila |||

 Mmm.Memang sedap la.Tadi kitaorang 1 family bekerjasama(family wonderpet) buat pizza.Hak3.Yelakan,untuk dibuat sarapan esok.Bila tengok sekali pandang,memang sejibik macam pizza hut.Tapi bezanya,tepung pizza ini memang lembut.Takde la macam Pizza Hut,kalau orang takde gigi,tak boleh makan la jawabnya.lolx.
Buat pizza ini senang je.Ingatkan buat pizza ni macam complex je.Ramuannya pun senang je.Tepung,air,nenas,pasta sauce(additional-anyway boleh pakai tomato sos),cheese mozarella(additional juga-guna kalau nak lagi feel),daging cincang.....Mr.Vort rasa tu je kot yang diperlukan.Kan senang tu?Haa,so siapa yang ada masa terluang dekat rumah tu,cuba la korang try buat pizza ni,daripada asyik terperap depan pc je.Dapat juga release tension.Hak3.Ni ada sedikit real footage dari tempat kejadian.

 Penulis bersama hasil akhir projek.Macam pewaris Datuk Dr Rozmey pula bila Mr.Vort tunjuk 'thumb-up'.Hak3.lolx

||| weekend bulan 12 |||

Meh berpantun dari saya:

Pejam celik tali bubu,
Sudah gaharu cendana pula,
Kalau korang semua nak tahu,
 Dah nak ujung tahun rupanya.
(p/s:pantun ni aku main tibai je.layan.)

Haiiyark,tak disangka-sangka,tahun 2010,tahun dimana Melaka Maju(ceh,promote negeri pulak) dah nak berakhir.
Dah nak dekat setahun Mr.Vor+ jadik pelajar Form 4.Tahun depan terpaksa lah menghadap buku jer,jadilah ulat buku.Entah-entah,muka pun macam buku.SPM la katakan.lolx.
 

Thursday, December 2, 2010

||| my first post |||

Hye semua.so sekarang ini dah pukul 5.15 am,3 Disember 2010.Blog baru saya a.k.a my new gf (Mrs.Vor+) akhirnya tercipta.Syukur alhamdulillah disulami dengan ketenangan dan kedinginan malam.hak3.Tak sangka pula sebab saya (Mr.Vor+) memang dah lame nak buat blog.
By the time,abang saya pon ada blog juga(mrnamie.com).Bila bukak fan pages dia je,mak uih bukan main banyak lagi yang like.haha.rasa macam diri tu dihargai.selalunyer,bila abang kita ambil Mr.Vor+ kat KL, mesti pergi hangout dengan member dia,kaki blogger gak.memang best ar.Dia bawa pergi Bukit Ampang la.Kat sini memang masyuk.Boleh tengok pemandangan seluruh area KL.Ni kalau bawa awek ke,memang dia sayang korang lebih-lebih la lepas ni.Takde la.Gurau je.
Ni la pemandangan kat Bukit Ampang.Time malam.
 
naik atas...